Apapun yang anda fikirkan sekarang, saya pasti anda sedang teruja melihat tajuk diatas. Nanti dulu, ini tak bermakna saya menipu anda. saya memang benar-benar ada caranya. Jadi, percayalah cakap saya. Saya benar-benar ingin berkongsi ilmu dan maklumat yang saya simpan ini untuk anda semua, terutama buat mereka yang sudah lama berangan nak kurus atau ‘kurus semula’ (saya pasti ramai yang rindukan bentuk tubuh yang lama). Wah, nampaknya saya telah membuatkan semangat anda berkobar-kobar kembali. Tahniah untuk saya, dan untuk anda, teruskan membaca!
Sebelum anda terus membaca, nasihat saya, bacalah dengan fikiran terbuka kerana apa yang bakal saya dedahkan ini ada yang bertentangan dengan sesetengah pendapat yang popular dalam menurunkan berat badan. Baiklah, secara ringkasnya berikut adalah kaedahnya:
- Anda boleh mengambil makanan yang mengandungi lemak dan protein dalam jumlah terkawal.
- Jumlah gula dalam sehari hanya dibenarkan dalam 15gm gula saja.
- Jumlah karbohidrat yang dibenarkan dalam sehari adalah sebanyak 120gm saja.
- Karbohidrat yang anda ambil iaitu sebanyak 120gm hendaklah dipecahkan menjadi 6 bahagian yang berasingan.
- Maknanya, sehari anda makan 6 kali. Setiap kali makan, jumlah karbohidrat yang anda ambil adalah 20gm (6 x 20 = 120)
- Ataupun, jika anda mahu cepat kurus, ambil kesemua karbohidrat yang berjumlah 120gm sehingga pukul 3 petang. Waktu selepas itu anda boleh ‘belasah’ protein dan lemak.
- Minum air masak dengan banyak
- Buat dalam satu minggu, timbang berat anda dan pasti anda terkejut.
Ingat, program ini bukan untuk memaksa anda berlapar. Bahkan, berlapar itu tidak bagus dalam menurunkan berat badan kerana apabila kita lapar atau kebulur, badan akan menyimpan lemak dan tidak membakarnya. Kalau dapat, setiap 3 jam, kita perlu memakan sesuatu. Orang kata ‘snack‘. Makanlah sumber protein seperti kekacang sebagai snack dan minumlah air secukupnya. Ini akan menaikkan lagi kadar metabolisma badan yang akan membantu dalam membakar lemak. Dalam program ini, anda boleh makan ayam, daging, ikan dan sumber protein lain dengan banyak tanpa mengira jumlah kalori. Ya, ini termasuklah kentang goreng kesukaan anda, asalkan tidak berlebih-lebihan.
Baiklah, mungkin anda semua tertanya-tanya. Dari mana saya dapat kaedah ini? Memanglah bukan saya suka-suka mereka-reka cerita apatah lagi mencipta teknik sendiri. Sistem pemakanan ini adalah dari sistem ‘Belly Fat Cure‘ oleh Jorge Cruise. Melalui “Belly Fat Cure‘ Jorge mengatakan, gula adalah punca kegemukan. Karbohidrat pula bila dimakan akan ditukarkan menjadi gula. Apabila terdapat gula yang berlebihan dalam badan akibat tidak aktif bersenam dan sebagainya, ia akan disimpan menjadi lemak. Dengan ‘Belly Fat Cure‘ kadar insulin dalam badan menjadi rendah dan ini sangat bagus untuk membantu membakar lemak terutamanya dibahagian perut (bahagian paling degil) serta menurunkan berat badan. Kesihatan badan keseluruhannya pun turut meningkat baik.
Saya menggalakkan anda untuk buat ‘research’ sendiri pada sistem ‘Belly Fat Cure‘ ini. Anda boleh ke laman web Jorge Cruise di sini http://www.jorgecruise.com atau pergi saja ke Youtube dan taip saja Belly Fat Cure.
Selamat Mencuba!
0 comments:
Post a Comment