Sudah menjadi lumrah hidup kita sebagai manusia mempunyai sifat malu,sedih,gembira,marah,teruja dan sebagainya.Tetapi dua daripada perasaan yang kita ada amat berbeza dan sering terjadi dalam hidup kita seharian.Dua perasaan itu ialah Gembira dan Sedih.Menangis merupakan perkara biasa terjadi pada diri kita kerana Allah mengurniakan hati yang mampu mengubah perasaan,menukarkan perasaan,dan menterjemahkan perasaan.Seseorang akan menangis apabila dia gembira,terharu,sedih,mahupun menangis dalam lakonan semata mata.
Walau apa jua keadaan seseorang yang menangis akan mengeluarkan air matanya juga,Air mata akan keluar selepas satu perasaan yang dirasai itu mempengaruhi diri.Contoh,seorang pelajar menangis selepas melihat keputusan perperiksaannya aygn begitu cemerlang,dia menangis kerana gembira atas usahanya selama ini membuahkan hasil.Seorang ibu menangis selepas mendapat ucapan hari ibu oleh anaknya,.dia menangis kerana perasaan terharu terhadap anaknya yang tidak lupa akan hari ibu,.
Menangis juga mempunyai kebaikan disebalik kesedihan,tidak semestinya menangis itu melambangkan seseorang itu lemah,malah,ia menunjukkan bahawa seseorang yang mudah menangis mempunyai jiwa yang lembut dan kuat sebenarnya,tidak mempunyai ego yang tinggi.Seorang yang mudah menangis mempunyai hati yang baik.Meraka redha dan pasrah atas ujian Allah kepadanya dan menerima seadanya.
Jangan memandang rendah pada orang yang menangis kerana menangis juga mempunyai keajaiban disebalik tangisan itu.Namun tahukan anda terdapat 7 keajaiban selepas anda menangis.7 keajaiban selepas anda menangi berdasarkan pakar kajian ialah :
1. Membantu Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh Bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair enzim yang disebut dengan lisozim yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dalam mata.Bakteria yang berada dalam mata mampu menggangu penglihatan.Selepas menangis mata anda akan menjadi lebih cerah dan rileks.
3. Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan aras tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan meingkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari tangisan kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam mengawal sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
4. Mengeluarkan Racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun daripada dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.
5. Mengurangkan Stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
6. Membangun Komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membina sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.Menangis juga mampu mengeratkan perhubungan silaturrahim kerana selepas menangis,.orang yang meluahkan perasaan bersama tangisan dapat memahami hati dan budi orang yang diluahkan perasaanya itu.Keikhlasan mula terbentuk
7. Menenangkan Perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega dan tenang.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, oleh sebab itu menangis dapat membuatkan seseorang berasa lebih baik, selesa dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran Anda semasa menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya!.Tangisan yang paling baik adalah tangisan di tikar sejadah.Menangis dengan menginsafi dosa dosa yang lalu dan mengharapkan keampunan Allah akan menambahkan lagi perasaan tenang berlipat kali ganda.
Didalam Surah Ar-Rad ayat-28 Allah berfirman:
“Ingatlah, dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang”
Berikut merupakan 7 kelebihan selepas anda menangis.Namun, admin blog sebuahnotaperjalanan tidaklah menyarankan anda menangis sentiasa kerana tangisan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan mata dan jiwa.Air mat yang berlebihan,lisozim yang berlebihan akan merosakkan mata.Perasaan akan menjadi lemah dan tidak bersemangat.Sebaiknya,"Menangislah jika sekadar mengembalikan ketenangan jiwa,atau selepas menghadapi UJIAN,kerana UJIAN itu satu teguran tanda SAYANG Allah kepada kita yang sentiasa leka kepadaNYA.
Akhir kata, " Menangislah atas dosa dosamu yang lalu,sesungguhnya Allah itu maha pengampun,Tangisan yang beharga adalah TANGISAN KEINSAFAN" ...^_^
0 comments:
Post a Comment