Friday, March 16, 2012

7 Perkara yang merosakkan hati




Antara perkara yang boleh merosakkan hati ialah :

1) Pergaulan yang tidak berfaedah

Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram,pergaulan yang tiada tujuan seperti melepak,menghabiskan masa dengan berhibur ditempat tempat hiburan,dan tempat maksiat.Perkara ini jika dilakukan akan merosakkan hati,mengurangkan iman,Jagalah diri kita dalam pergaulan,bergaul tak salah,.tapi biar ada batasnya,menurut syariat islam..


2) Sentiasa Berangan-angan(khayalan)

Angan angan merupakan satu proses imaginasi seseorang dalam mencari idea atau penyelesaian.Berangan boleh memberi kesan positif jika dilakukan dengan baik.Setiap angan angan tidak semestinya menjadi kenyataan,tetapi tidak salah berangan-angan asalkan berusaha.Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa angan angan + usaha.Angan-angan merupakan perubahan yang baik untuk seseorang berusaha mencapai kejayaan.Jika angan-angan itu tidak disertakan dengan usaha,kejayaan tidak akan dicapai.Sikap suka berangan boleh membuatkan hati tidak tetap pendirian,cepat berubah,atau tidak istiqamah.Angan angan juga mampu melemahkan otak dan daya pemikiran.

3) Tidak berharap kepada ALLAH

Dalam berusaha,perlu ada tawakal kepada Allah kerana DIA yang menentukan segala takdir,selebihnya kita yang merancang dan lalukan.Qada dan qada telah ditetapkan oleh Allah,.Tapi,Allah menyuruh manusia berusaha mencari apa yang ingin dicapai.Seseorang yang berharap 100% kepada Allah selepas dia berusaha akan terus mendapat redha NYA,.hatinya akan menjadi tenang sentiasa,Orang yang beriman sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan.Oleh itu,selepas berusaha,berdoalah dan berharap kepada Allah.Jangan mengaharapkan manusia,kerana kita sendiri juga manusia,manusia lain pun juga manusia ciptaan Allah..Sesungguhnya syaitan sentiasa menggoda kita supaya lalai mengingati Allah..Kawal nafsu,.harapkan keredhaan Allah adalah kunci bahagia dan ketenangan.Orang yang tidak berharap kepada ALLAH akan berasa sentiasa gelisah kerana mereka menganggap apa yang dilakukan bukan kenentuan Allah.lama kelamaan hati akan menjadi keras dan lupa kepada Allah..


4) Makan Terlalu kenyang

Makan terlalu kenyang boleh merosakkan hati dalam melawan nafsu.Jika seseorang itu makan mengikut nafsu sehinggan kenyang dan tidak boleh buat kerja seharian,ia boleh menyebabkan otak menjadi lembab dan hati menjadi malas

5) Terlalu banyak tidur

Tidur yang banyak juga boleh melembabkan otak dan daya pemikiran.Badan diajar supaya berehat dan tidak melakukan kerja yang berat,hati akan menjadi lemah

6) Memandang secara Berlebihan

Pandangan merupakan titik utama dalam penjagaan hati.hati mudah rosak disebebkan pandangan.Menjaga pandangan adalah perkara penting untuk memastikan hati mati.Seseorang yang menjaga pandangannya mempunyai hati yang mulia kerana pandanganya dijaga dari melihat perkara maksiat dan perakara yang sia sia.

7) Kata kata yang keterlaluan

Kata kata kesat,mencarut,bercakap kosong juga mampu mengheret hati ke lembah ketandusan.Semakin banyak manusia bercakap  kosong semakin banyak ilmu yang hilang..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets