Kata-kata Terakhir Rasulullah SAW
Petikan dari kata kata Rasulullah S.A.W melalui kutbah terakhir baginda :
"Aku tak mengetahui apakah aku dapat bertemu kamu semua lagi selepas tahun ini"
Petikan daripada kata kata awal baginda Nabi SAW melaui kutbah terakhir ini,disitu kita dapat cungkil satu pengajaran yang cukup besar.Nabi Muhammad SAW sendiri mengakui bahawa baginda tidak mengetahui perkara yang akan berlaku pada masa hadapan,melainkan dengan kehendak Allah SWT.
Dalam kehidupan kita di dunia,terdapat dua jenis alam.Pertama,alam syahadah.Iaitu alam yang nyata dan mampu dicapai oleh pancaindera manusia.Kedua,alam ghaib.Alam ini tidak mampu dicapai oleh pancaindera manusia melainkan dengan izin Allah SWT.Terdapat banyak pengkhususan alam ghaib seperti alam malaikat,alam jin,alam roh serta banyak lagi.Hanya Allah SWT sahaja yang menguasai dan mengetahui serta mentadbir kedua-dua alam ini.Seperti mana firmannya di dalam surah al-Hasyr : 22
"Dialah Allah yang tiada Tuhan selain DIA,yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,DIAlah yang maha Pemurah lagi maha penyayang"
Berbalik kepada sabda Nabi SAW tadi,baginda menyatakan bahawa baginda sendiri tidak pasti apakah baginda akan dapat bertemu lagi dengan para sahabat pada tahun berikutnya.Disini jelaslah kepada kita,seorang rasul pun tidak mengetahui perkara ghaib,manakan boleh seorang manusia biasa seperti kita meramal perkara perkara yang belum berlaku.Perbuatan meramal adalah haram di dalam islam.
Sejak akhir akhir ini ramalan telah menjadi semakin berleluasa dalam tamadun manusia serta semakin parah dalam kehidupan seseorang muslim.Contohnya,penayangan filem 2012 dari barat,yang menceritakan tentang kehancuran bumi ini pada tahun berkenaan mengikut rujukan ramalan kalendar kaum maya.Filem ini menjadi perbahasan hangat dalam masyarakat,malah apa yang lebih menyedihkan ada yang memegangnya sebagai satu iktikad bahawa kiamat benar-benar akan terjadi dalam tahun berkenaan.
Saya bukannya bertujuan menidakkan peristiwa kiamat yang PASTI akan berlaku,malah sudah termaktub sebagai salah satu rukun iman,namun konsep ramalan ini haruslah ditolak sama sekali oleh umat islam.Ketika mana orang kafir bertanyakan kepada Rasulullah SAW tentang peristiwa kiamat,ini jawapan baginda
"Sesungguhnya ilmu(tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi ALLAH.Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan"
(al-mulk : 26)
Jenis-jenis Takdir
Meskipun pancaindera manusia tidak mampu mencapai logik perkara-perkara ghaib,namun kita hendaklah beriman kepada perkara ghaib.Malah,sifat pertama orang yang bertakwa adalah beriman kepada perkara ghaib.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah : 2-3
"Kitab ( Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi meraka yang bertakwa (iaitu) meraka yang beriman kepada yang ghaib,yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka"
Hasil daripada keimanan kepada perkara-perkara ghaib inilah yang akan mencetuskan keyakinan kita untuk beramal dengan ajaran Islam,seterusnya merasakan kemanisan beribadat seperti konsep ihsan isitu seperti sabda Nabi Muhammad SAW
"Ihsan adalah menyembah Allah sepertimana engkau melihatnya,jika engkau tidak mampu melihatnya,maka Dia melihatmu"
(Hadis Riwayat muslim)
Perkara ghaib yang menimpa kita di alam syahadah disebut sebagai takdir.Misalnya,ajal kita masih lagi perkara ghaib pada masa sekarang.Bila berlakunya,dimana berlakunya,apa puncanya,semuanya hanya Allah SWT yang tahu.Namun,kelak bila sudah sampai ajal kita,sia menjadi takdir kepada kita.Misalnya mati pada sekian-sekian hari,di sekian-sekian tempat dan kerana sekian-sekian penyakit.
Takdir termasuk di dalam rukun iman.Ianya disebut sebagai Qada.Rukun iman keenam adalah percaya kepada Qada dan Qadar.Qada bermaksun ketetapan,manakala Qadar pula bermaksud perlaksaaan.Terdapat dua jenis takdir di dalam kehidupan kita.
1. Qada Mubram
Qada Mubram bermaksud yang PASTI.Sudah tercatat di Lohmahfuz dan tidak dapat dielakkan.Allah menetapkan apa yang sudah ditentukanNYA.Contohnya ajal dan
2.Qada Mua'llaq
Qada Mua'llaq bermaksud yang dikaitkan.Takdir yang masih bergantung dan sudah tercatat di Lohmahfuz.Qada ini masih boleh diusahakan dan meminta daripada Allah SWT dengan berdoa kepadaNYA.Contohnya keputusan perperiksaan,pekerjaan dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment