1- ORANG ISLAM ITU TIDAK MENIPU
-Ada orang yang hari-hari sembahyang tetapi masih menipu orang?
-Apa masalah engkau, Engkau kan Muslim?
-Kata imam Ghazali Orang islam yang bermusafir itu mendapat 4 perkara iaitu:
ilmu, pengalaman, kawan dan rezeki.
2- ORANG ISLAM ITU TIDAK DENGKI
-Berlapang dada dengan kelebihan atau kekurangan yang diterima oleh orang lain walaupun dirinya tidak dapat.
3- ORANG ISLAM ITU TIDAK MENZALIMI DAN MENGHINA
4- ORANG ISLAM ITU SALING MEMBANTU
-Bantu membantulah dalam perkara ugama dan janganlah kamu membantu dalam perkara lagha (sia-sia) dan maksiat.
-Bantulah kawan kamu yang zalim dan dizalimi.
membantu orang yang zalim adalah dengan mencegah kezaliman itu.
5-ORANG ISLAM ITU SELALU SEMPURNAKAN HAJAT
-contoh: Jika berpuasa sunat, boleh berbuka jika menerima jemputan majlis makan;
i- Orang yang menjemput itu sunat.
ii- Orang yang kena jemputan itu wajib menunaikannya.
6- ORANG ISLAM ITU MENUTUP KEAIBAN
-orang yang menutup keaiban orang lain maka allah akan tutup keaibannya di dunia dan diakhirat.
-Di akhirat nanti kita punya amalan dosa dan kebaikan akan digambarkan untuk dilihat, dan kitab amalan yang ditulis malaikat Roqib dan Atid kita akan dibentangkan. Setiap orang akan dibuka keaibannya dan dapat dilihat seluruh makhluk apa-apa yang kita kerjakan di dunia.
Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku, tutuplah keaibanku di dunia dan di akhirat!
7- ORANG ISLAM ITU MERINGANKAN KESEMPITAN
-sesiapa yang meringankan kesempitan/kesusahan orang allah akan ringankan kesulitan kita pula di dunia dan akhirat.
-kita tidak tahu amalan mana yang diterima allah, kita ingat kita dah banyak solat akan selamat, mungkin sembahyang kita tidak khusyuk dan banyak ingat perkara lalai tetapi dengan bersedekah sebotol air mineral itu yang akan dikira sebab ikhlas kita. makanya banyakkan buat kebajikan.
-Jaga baik-baik berkenaan kehidupan. Jika kita suka menyusahkan orang, ramai orang akan menyusahkan kita kembali.
8- ORANG ISLAM ITU TIDAK MENYUSAHKAN
-orang yang susah kena dibantu dari segi keperluannya (pendidikan, makan, minum, pakaian, tempat tinggal)
-membantu orang yang senang dengan diberi nasihat.
-Jauhilah diri kita dari Iktikad Jabariah: Merasa usahanya semata-mata kerana dia berusaha dan bukan kerana ketetapan Allah.
9- ORANG ISLAM ITU MENGHORMATI ORANG LEBIH TUA DAN KASIH KEPADA YANG KECIL
-sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi
-Jumpa orang alim mintalah 2 perkara iaitu:
i-mohon mendoakan saya.
ii-mohon beri saya nasihat.
‘Jaga Islam, Jaga Amal dan Carilah Keberkatan’ -kata Tuan Guru Nik Aziz.
0 comments:
Post a Comment