Sunday, March 18, 2012

Adab Membeli belah Mengikut Islam



Membeli belah merupakan perkara rutin harian yang dilakukan semua orang,miskin mahupun kaya.Membeli belah juga perlu adab yang tertentu untuk memastikan tiada pembaziran yang dilakukan sengaja atau tidak sengaja.Setiap orang mempunyai kehendak yang berbeza,keutamaan berbeza,ada yang suka membeli barang keperluan seperti pakaian,alat tulis,gadjet,handphone dan sebagainya,.ada pula yang suka membeli sesuatu yang mewah,.melebihi keperluan hidupnya.Seauatu perkara itu dianggap mewah apabila sesuatu yang dimilikinya melebihi keperluan atau sesuatu yang harganya tinggi.

Sebelum membeli belah,ikuti adab adab ini agar kita tidak mengikut nafsu dan ketagih dalam membeli belah:

1. Hendaklah membaca doa masuk ke pasar atau pusat membeli belah

2. Hendaklah kita mengambil kira keperluan dan kemampuan berbelanja.Utamakan prioriti seperti berikut :

Daruriyyat : Keperluan asasi yang wajib dipenuhi seperti makanan,minuman,tempat tinggal dan pakaian

Hajiyyat : Kemahuan yang membantu hidup lebih selesa seperti kereta,mesin basuh dan sebagainya

Tahsiniyyat : Pelengkap hidup seperti barang kemas,kereta mewah dan sebarang benda yang mewah

3. Elakkan berhutang, Tiada maknanya berbangga menghulurkan kad kredit tetapi hakikatnya berhutang.Orang yang membeli secara tunai,walau dihulurkan duit kertas yang buruk,pasti kelihatan lebih bergaya

4. Dapatkan pandangan daripada orang yang memang ahli dalam urusan pembelian jika membeli produk yang kita tiada ilmu tentangnya.Contohnya,jika anda ingin mebeli a;-Quran dengan tulisan Rasm Uthmani tetapi tidak dapat membezakannya,tanyalah orang yang lebih tahu.

5. Elakkan pembaziran dengan membeli terlalu banyak atau membeli benda-benda yang tidak perlu

6. Pastikan barangan yang dibeli itu halal dari perspektif Islam dan tidak termasuk pdouk yang melalaikan.

7. Jauhi penipuan dan pengaiayaan seperti menawar dengan kadar yang menzalimi hak orang yang kita berurus niaga dengannya.

8. Utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan setelah tiada pilihan lain.Lihat contoh ekonomi masyarakat Madinah pada zaman Rasulullah SAW,golongan Muhajirin dan Ansar mempunyai pasar densiri dan jarang berurusan dengan Yahudi.

9. Senaraikan benda yang ingin dibeli supaya tidak membuang masa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Seburuk buruk tempat ialah pasar"

10. Jaga muamalat antara lelaki dan wanita.Elakkan tempat yang terlalu ramai orang sehingga lelaki dan wanita terpaksa berhimpit himpit.Jika berhimpit-himpit semasa menunaikan tawaf atau melontar jamrah masih boleh diterima,tetapi jika berhimpit himpit sekadar ingin mendapatkan sebungkus nasi lemak,fikirlah dua kali sebelum bertindak..

11. Bantu mereka yang memerlukan seperti warga emas yang tidak mampu mengangkat barang berat dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets