Sunday, March 18, 2012

9 Sebab Mengapa Hati Tidak Bahagia


Hati tidak tenang berpunca daripada sifat yang ada dalam hati kita.Pelbagai sifat dan perasaan yang terhasil jika kita tidak menjaga hati kita dengan baik.Makanan,penglihatan,hubungan dengan manusia dan Allah amat  penting untuk menjaga hati kita supaya sentiasa tenang walau apa jua dugaan dan rintangan yang menerpa.Lumrah manusia dicipta dengan pelbagai sifat dan perasaan.Sifat mazmumah merupakan punca utama ketidakbahagiaan hati.Sifat sifat ini hadir kerana seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang baik,mempunyai pemikiran yang pendek,malas berusaha,dan tidak mengharapkan Allah.Sifat mazmumah hadir dalam hati setiap individu,kita sebagai manusia yang tidak sempurna mempunyai sifat itu walaupun sedikit,itu sudah menjadi lumrah.Tetapi,kita perlu menjaga diri dan membuang sifat sifat mazmumah ini,sifat mazmumah akan hadir dalam hati seseorang jika dia tidak berpegang teguh pada perintah Allah,meninggalkan suruhan Allah dan melakukan larangan Allah.


Ayuh kita ketahui punca mengapa hati tidak bahagia,jika kita ada salah satu sifat mazmumah ini,maka masih ada peluang untuk berusaha membuang segala perasaan dan sifat ini yang akan mendatangkan keburukan kepada kita dan generasi kita suatu hari nanti


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah 


Sikap pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.Seorang yang mudah marah akan mengalami masalah jiwa kerana dia tidak mampu mengawal perasaan marahnya.Setiap orang mempunyai perasaan marah,tapi paras kemarahan itu berbeza setiap orang.Ada yang bersikap cool,tidak mudah marah,punya perasaaan marah yang sedikit,ada yang bersifat panas baran,orang ini akan mengalami masalah jiwa dan hati.Jika setiap pagi hidupma dimulakan dengan marah,maka dirinya akan jadi seorang yang pemarah ataupun garang.


Seseorang itu menjadi mudah marah atau panas baran kerana didikan,suasana sekelilingnya,yang menyebabkan dia cepat naik angin.Perasaan marah berlaku disebabkan sifat ego yang tinggi,sifat tolak ansur yang kurang,serta diikuti sifat penyabar yang kurang.Ketiga tiga perasaan ini dikawal oleh hati dan jiwa seseorang,jika bersih hatinya,maka sifat pemarah akan berkurang,dan sifat penyabar akan meningkat.


Faktor persekitaran dan sekeliling menyumbang kesan yang besar terhadap seseorang individu.Keadaan sekeliling setiap orang berbeza,keluarga,bilangan adik beradik dan sebagainya.Kebiasaan,anak pertama,anak bongsu dan anak tunggal mempunyai sifat pemarah yang tinggi.Bukan bermakna mereka panas baran,maksud admin blog SBP mereka mempunyai tanggungajawab yang besar dalam mengawasi adik beradiknya yang lain.beban yang banyak,akan menyebabkan stress,lalu,sifat pemarah bermaharajalela dalam dirinya.Admin memohon maaf jika disini ada diantara kita yang membaca merupakan anak sulung,namun hakikatnya begitu,.tetapi tidak semua,.tepuk dada tanya iman,,.sama sama kita pertingkatkan sifat sabar dalam diri kita dan buang sifat marah.


 sabda Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadis bahawa yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”



2. Pendendam 

Sifat dendam merupakan sifat yang tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah terkena penyakit jantung.

Kita sebagai umat islam harus membuang sifat dendam yang ada pada diri kita,jika seseorang membuat kejahatan kepada kita,jangan lah sesekali kita dendam kerana Allah tidak menyukai sifat mazmumah ini,Biarlah mereka mendapat balasan yang setimpal oleh Allah,kerana manusia tidak menpunyai kuasa membalas dendam dengan cara yang baik,.semuanya cara buruk.

Meraka yang menyimpan dendam akan tetap tidak tenang hatinya,sepanjang mana dendam itu ada dalam diri mereka.Maka,buanglah dendam yang terbuku  di hatimu,..biar Allah sahaja yang membalasnya  sama ada kebaikan ditambahkan kepada mu,atau dugaan Allah sebagai pengajaran kepada mereka yang menyakiti dan dendam pada kita.


3. Hasad dengki 


Perasaan hasad dengki setiap orang ada.Setiap orang akan merasa dengki atau jelous orang melayu kata.Dengkis dengan kelebihan orang lain,dengki dengan kebahagiaan orang lain atau dengki dengan kekurangan yang ada pada diri dan kelebihan yang ada pada manusia lain.

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia biasa dalam mengejar cita-cita,mengejar ilmu pengetahuan sebanyak mungkin,akan mempunyai sifat 'hendak lebih dari orang lain'.Namun,tidak salah perasaan itu ada,.tetapi jangan memburuk burukkan orang lain.Jadikanlah ia sebagai satu Stress Positif untuk mendorong atau memberi semangat kepada kita supaya berusaha lebih maju untuk meningkatkan diri sendiri.

Nasihat admin blog SBP,jika terdetik perasaan dengki dengan kelebihan dan kelebihan orang lain,maka cepat cepatlah lupa akan perasaan itu,.dan berdoa " ya Allah,.hilangkanlah segala sifat mazmumah dalam diri ini,jadikanlan ia sesuatu yang positif kepada ku untuk membimbing ku supaya terus berusaha supaya aku dapat jadi senang macam seorang hambamu ini".Insyallah,..hati akan menjadi tenang jika kita megambil tindakan begitu,Jika sebaliknya,seseorang itu akan menyimpan perasaan dengam dan ego atas kelebihan orang lain malah menfitnah dan memburuk burukkan orang yang didengkinya itu..Admin menyaran agar,anda semua buanglah sifat dengki ini,.kita hidup satu masyarakat,.satu agama...siapa lagi kalau bukan kita untuk memberi semangat kepada sahabat kita,bukannya memburukburukkan mereka..Wallahua'lam


4. Bakhil 


 Sifat kedekut atau bakhil sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.


Pesanan admin,buang lah sifat bakhil dalam diri kita,jadilah seorang pemurah,.Insyallah Allah mengetahui niat baik kita untuk jadi seorang pemurah,..dan Insyallah suatu masa nanti kita akan jadi seorang pemurah jika selepas anda baca post ini,dan terus niat dalam hati untuk jadi pemurah.




Jadilah seorang yang pemberi,pemurah kerana setiap pemberian itu akan diganti dengan yang lebih banyak lagi oleh Allah.Jika sifat kedekut masih ada,suatu hari nanti mungkin Allah akan menarik rezki yang DIA kurniakan kepadamu,kerna setiap kurniaan rezekimu itu adalah suruhan Allah supaya kamu menggunakan dengan sebaik baiknya kepada orang lain

5. Tamak  


Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 

6. Tidak sabar 


Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.

7. Ego

 
Egu merupakan Ibu segala mazmummahDaripada ego tercetusnya,dengki,dendam dan akhirnaya menjadi seorang pemarah.jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. pasal semua org ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

Ego perlu dalam diri seseorang untuk menjadikan seseorang itu tegas dalam bertindak dan membuat keputusan.Namun ego terdapat dua jenis,ego untuk kepentingan sendiri dan ego untuk kepentingan orang lain.Ego untuk kepentingan diri sendiri ini perlu dijauhi,bangga dengan kelebihan diri,kedekut ilmu dan sebagainya.


Janganlah merasakan diri kita hebat,.sebenarnya ada orang yang lebih hebat dari kita.Sehebat hebat manapun manusia,.akan berhimpun dipadang masyar juga suatu hari nanti,.semua sama disisi Allah.

8. Riak 


Sifat riak dapat menyiksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.Allah menyukai  jika merendah diri dalam mengharapkan keredhaanNYA.

9. Cinta Kepada Dunia 


Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya.

Wallahualam

1 comments:

  1. Salam kenal....jemput baca entri perkongsian saya http://www.mamayangcekal.com/2012/03/perubatan-homeopathy-hasan.html

    ReplyDelete

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets