Sunday, March 18, 2012

Khasiat Teh Hijau Kepada Perokok


Rasanya dah berjuta-juta duit kerajaan dihabiskan untuk kempen anti rokok. Tapi yang merokok masih ramai. Yelah, nak berhenti bukannya senang. Bayangkan saja kalau dah jadi perokok berpuluh tahun, tiba-tiba saja disuruh berhenti. Boleh ‘sakit’ jadinya. Bagi yang sedang elok berhenti rokok, kawan pulak menghulur sebatang. Pemurah agaknya. Akhirnya merokok lagi. Tak jadi berhenti. Anda pun tahu, merokok bukannya elok. Katanya, kesan dari merokok pada tubuh badan ini sukar nak dibuang walaupun setelah anda berhenti merokok. Mujurlah, kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Chung Shan Medical University, Taiwan, memberi berita gembira buat perokok yang ingin berhenti merokok.

Menurut para penyelidik tersebut, ‘kerosakan’ yang terjadi akibat tabiat merokok selama bertahun-tahun dapat di ‘reverse’ atau diubati dengan megambil teh hijau sebagai minuman. Dalam kajian itu, perokok dan bekas perokok yang tidak pernah minum teh hijau adalah 12 kali lebih terdedah dengan risiko kanser paru-paru berbanding dengan mereka yang minum segelas teh hijau sehari. “Antioksida yang terkandung didalam teh hijau dapat mencetuskan pengeluaran sebatian yang mampu menghalang penyebaran kanser termasuklah kanser paru-paru“, kata I-Hsin Lin, Ph.D(c) salah seorang penyelidik yang terlibat kajian itu. Malah, perokok yang minum sehingga 6 gelas teh hijau sehari dikatakan menanggung kesan toksin dari rokok 40 hingga 50 peratus lebih kurang. Selain itu, teh hijau juga didapati dapat meningkatkan sistem imun badan dengan melawan radikal bebas. Bagi yang mempunyai masalah mulut berbau seperti kebanyakkan perokok, polyphenol yang dijumpai didalam teh hijau dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang menghasilkan bau tersebut sebanyak 30 peratus.

Buat para perokok, minumlah teh hijau banyak-banyak. Kalau boleh, pastikan teh hijau yang benar-benar asli yang bebas dari agen penyakit lain seperti gula dan bahan kimia yang lain. Semoga kesihatan anda semakin baik dan cepat-cepatlah berhenti merokok. Sayangilah nyawa anda, katakan Tak Nak pada rokok!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets