... Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. “Saidina Abu Bakar As-Siddiq”
Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa. “Saidina Ali bin Abi Talib”
Hanya lidah yang mau berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah. “Khalifah Ali bin Abi Talib”
Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya. “Khalifah Umar al-Khattab”
Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiaannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya ”Khalifah Ali bin Abi Talib”
Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan mengucapkan kata-kata lemah-lembut
“Saidina Umar bin Al-Khatab”
Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani. “Khalifah Ali bin Abi Talib”
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. “Saidina Abu Bakar As-Siddiq”
Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal . Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yg baik. “Saidina Ali bin Abi Thalib”
Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. “Saidina Umar al-Khattab”
Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. “Khalifah Abdul Malik bin Marwan”
Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan. “Saidina Ali bin Abi Thalib”
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. “Saidina Umar bin Al-Khatab”
Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya ( yang berilmu juga ). “Saidina Ali bin Abi Talib”
Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. “Saidina Umar bin Al-Khatab”
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. “Saidina Ali bin Abi Thalib”
Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. “Saidina Ali bin Abi Thalib”
Peliharalah iman kamu dengan memperbanyakkan sedekah, bentenglah hartamu dengan mengeluarkan zakat dan tolaklah gelombang bencana bala dengan sentiasa berdoa kepada Allah. “Saidina Ali bin Abi Thalib”
Orang-orang yang suka berkata jujur mendapatkan tiga hal, kepercayaan, cinta, dan rasa hormat. “Saidina Ali bin Abi Thalib”
Keadilan itu syurga bagi orang yang dizalimi tetapi keadilan itu adalah neraka bagi orang-orang yang bersifat zalim. “Saidina Umar bin Al-Khatab”
Orang yang tidak menguasai matanya, hatinya tidak ada harganya. “Khalifah Ali bin Abi Talib”
Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya ”Saidina Umar bin Al-Khatab”See More
Tuesday, March 13, 2012
Beberapa Nasehat Dari Para Shahabat
Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti. “Saidina Ali bin Abi Thalib”
Popular Posts
-
Keratan rentas Otak manusia (Hemisfera kiri) Gambar Mikroskop Sel saraf (Neuron) Fungsi Otak manusia dalam melakukan kerja (Hemisfera k...
-
Youtube Video Versi MP3 Download Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب Ak...
-
1. SURAH AL FATEHAH – Doa pembuka kepada segala urusan 2. SURAH AL ‘ALAK (Ayat 1 – 5) - Anak kunci segala ilmu 3. SURAH ASY-SYARH – ...
-
Untuk renungan bersama Azab Meninggalkan Solat Berwaspada 15 azab bagi orang yang meninggalkan sembahyang. 6 Azab di dunia 1- Dihil...
-
Antara perkara yang boleh merosakkan hati ialah : 1) Pergaulan yang tidak berfaedah Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan ...
-
1. Bina Paradigma dan Prinsip Hidup yang Mantap Benteng semangat juang ia...
-
Membeli belah merupakan perkara rutin harian yang dilakukan semua orang,miskin mahupun kaya.Membeli belah juga perlu adab yang tertentu un...
-
Hati tidak tenang berpunca daripada sifat yang ada dalam hati kita.Pelbagai sifat dan perasaan yang terhasil jika kita tidak menjaga hati k...
-
Berikut merupakan koleksi Doa doa harian sebagai amalan kehidupan seharian kita. Klik pada gambar untuk besarkan Doa Mengambil Wudhuk ...
-
Assalamualaikum,.saudara saudari sekalian,pembaca blog yang saya hormati.Sesi kali ini admin ingin berkongsi sedikit tips dan cara bagaim...
0 comments:
Post a Comment