Friday, March 16, 2012

Sahabat dan Teman


Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari saha...bat, dan orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang di cari..
(Saidina Ali)

Tanpa sahabat, siapalah kita. Sahabat merupakan insan yang paling rapat dalam hidup kita, selain ibubapa.

Sedangkan Nabi dahulu pun, memerlukan sahabat untuk menolong beliau dalam menyebarkan dakwahnya. Ketika ingin menyebarkan dakwahnya, Rasulullah telah pergi ke rumah Abu Bakar, untuk memberitahu tentang kisah penghijrahan beliau. Lalu, Abu Bakar bertanya kepada Rasulullah, adakah Baginda memerlukan seorang TEMAN?Baginda menjawab, YA.

The relationship is not how long we have been together....
Not how much we have give and take....
Not how many times we talk.....
Its all about how we value each other.....

Ini menunjukkan bahawa, seorang teman itu amat penting dalam kehidupan kita. Setiap saat kita memerlukan seseorang untuk berkongsi suka dan duka bersama. Tanpa mereka, siapalah kita. Sama-sama kita menjaga persahabtan kita semua. Jujurlah dalam bersahabat, ingatkan andai sahabat terlupa. Berusahalah untuk amanah andai di beri sesuatu tanggungjawab dari sahabat kita.

Seorang teman yang memahami airmata mu jauh lebih berharga daripada seratus teman yang hanya mempercayai senyuman mu....

Jika aku menyakiti hati mu, bukan niat ku untuk menyakiti mu, bukan niat ku untuk melukakan hati mu, maafkan aku kerana aku masih tidak sempurna....


Teman..

Maafkan aku, andai sepanjang persahabatan kita, aku sering menyakiti hati mu, secara sedar ataupun tidak…sesungguhnya, diri ini sentiasa melakukan kesilapan..

Tegurlah aku..semoga dengan teguran itu dapat membuatkan diri ini lebih sempurna..

Ingatkan aku, andai aku terleka di buai mimpi indah dunia, sesunguhnya aku sering leka dengan duniawi yang penuh dengan keasyikan ini…

Sedarlah, kita berkawan bukan hanya di dunia, tapi kekalkan persahabatan kita hingga ke SyurgaNya...

Lakukan sesuatu demi persahabatan kita supaya setiap saat kita bersama sentiasa berada di bawah naunganNya....

Semoga ALLAH memberkati persahabatan kita. InsyaAllah....

Bisik Hati ku..
YA ALLAH..

Segala puji di berikan untuk mu..

Sesungguhnya, kami hanyalah insan yang lemah yang sering memohon petunjuk dan hidayah dari mu..

Bimbinglah kami ke arah jalan yang di redhai..

Dekatkan kami, dengan insan-insan yang sentiasa berada di jalan Mu..

Kenalkan kami tentang indahnya, menjalinkan sebuah persahabatan kerana Mu..

Bantulah kami..kekalkan persahabatan kami..

Ampunilah dosa kami dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..
AMIN..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets