Saturday, March 24, 2012

15 Cara Meningkatkan Keupayaan Otak

 Keratan rentas Otak manusia (Hemisfera kiri)

Gambar Mikroskop Sel saraf (Neuron)

Fungsi Otak manusia dalam melakukan kerja (Hemisfera kiri & Kanan)

Assalamualaikum..Admin blog SNP ingin berkongsi sedikit ilmu atau pendapat cara bagaimana untuk meningkatkan keupayaan otak berdasarkan kajian yang admin perhati,lakukan.Kaedah ini terbukti secara keseluruhan.Kaedah ini boleh dilakukan oleh semua golongan manusia kecuali warga emas perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti yang berat.

Otak merupakan organ utama dalam mengawal Koordinasi sistem tubuh badan manusia.Otak adalah organ terbesar sistem saraf satu sistem biologi.Setiap benda hidup mempunyai sistem saraf iaitu sistem koordinasi dimana penerimaan dan penghantaran isyarat berlaku.Proses pembelajaran merupakan satu mekanisma yang yang dilakukan oleh sistem saraf.Sistem saraf terdiri daripada sistem saraf pusat dan sistem saraf feri feri.

Otak merupakan sistem saraf pusat dimana ia merupakan organ yang terletak  paling atas dalam tubuh manusia,iaitu di kepala,Dilindungi oleh tulang tengkorak.Subhanallah,sungguh menakjubkan ciptaan ILAHI.sehingga proses yang berlaku di dalam tubuh,penghantaran isyarat saraf ia berlaku secara tidak sengaja dengan izin ALLAH tanpa di kawal oleh tubuh badan manusia.

Dalam kehidupan seharian,otak memainkan peranan besar dalam proses pemikiran 'thinking',menyelesaikan masalah,berfikir sesuatu yang baru,mengingat kembali sesuatu yang dipelajari,.Otak mempunyai ingatan atau memori yang berupaya menyimpan maklumat tanpa had.Begitu ajaibnya Ciptaan ALLAH S.W.T kepada kita mengurniakan organ otak yang mempunyai banyak keajaiban dan kelebihan.

Untuk meningkatkan keupayaan otak,seseoran perlu memastikan otaknya sentiasa bekerja atau berfikir walau dalam keadaan diam kecuali sewaktu tidur.Otak memerlukan tenaga dari bahan makanan seperti 'glukosa' protin can juga lemak.Ketiga tiga makromolekul ini diperlukan oleh otak,begitu juga organ organ yang lain.Ketiga tiga makromolekul ini dipanggil "fuel" /"bahan bakar" atau bahan makanan otak.Bahan bakar utama otak adalah glukosa.Paras glukosa dalam peredaran yang mengcukupi amat perlu untuk memastikan otak berfungsi dengan baik.Pengambilan makanan juga perlu diambil berat kerana apa yang kita makan memberi kesan kepada keupayaan otak.Sel sel otak yang terbentuk,bahan yang dimakan menentukan bagaimana keadaan sel sel otak yang terbentuk sama ada normal,.atau sebaliknya, atau lebih cekap berbanding biasa.

Berikut merupakan 15 cara meningkatkan keupayaan otak :

1. Pastikan otak kita sentiasa aktif - Otak bukanlah seperti otot, tetapi biasa membuat latihan pada otak akan menyebabkannya mengembangkan sambungan saraf yang boleh membantu meningkatkan daya memori.Contohnya: apabila anda tiada kerja untuk dibuat,fikirkanlah sesuatu yang baru,atau sesuatu yang lepas ,atau sesuatu yang bakal anda lakukan.Fikirkan sesuatu yang positif,secara tidak sengaja mind set anda menjadi positif,sistem otak akan melabelkan emosi anda berada dalam keadaan positif.Adalah lebih baik berfikir walau seketika berbanding duduk diam tiada memikirkan apa apa.Perbuatan ini secara tidak langsung membenarkan otak sentiasa aktif berfikir.

2. Kurangkan tekanan – Tekanan yang terlampau walaupun tidak akan menyebabkan kepada kerosakan otak, tetapi boleh menyebabkan memori kita semakin lemah. Sehinggakan tekanan sementara pun sudah boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan terhadap sesuatu konsep dan pemerhatian sesuatu.Akan tetapi,tekanan juga perlu sebagai 'enhancer' untuk kita bagun meneruskan usaha setelah down dengan sesuatu.Tanpa tekanan ,kita takkan kemana,otak kita tidak berkembang.Tekanan yang diperlukan adalah dalam paras yang sedikit

3. Komitmen – Berikan komitmen terhadap suatu tugasan dan yakinkan diri kita bahawa kita akan dapat meningkatkan keupayaan memori otak ini. Jangan lemahkan diri kita dengan berfikiran negatif dan merasakan kita tidak bagus dalam mengingati sesuatu.Yakin pada diri bahawa diri anda boleh melakukannya walau susah sekalipun,Biar beribu orang lain mengatakan sesuatu perkata itu 'susah' biar kita seorang yang mengatakan 'senang' dan disertakan dengan usaha + komitmen.

4. Lakukan Senaman / Aktiviti Fizikal – Senaman yang dilakukan hari-hari boleh juga membantu kesihatan otak dengan perjalanan darah yang baik.Senaman mampu meningkatkan kandungan Oksigen dalam peredaran darah serta kandungan oksigen dalam otak akan meningkat,meningkatkan metabolisma otak,meningkatkan penukaran tenaga,.menghasilkan otak yang lebih cekap dalam berfikir,menganalisa,mengenalpasti.Akan tetapi,rehat yang cukup amat diperlukan untuk merehatkan otak dan memberi peluang kepada sel otak untuk berkembang,

5. Makan makanan yang bagus dan sesuai - Makanan-makanan untuk menambah memori seperti kismis dan kurma perlu diamalkan memakannya. Kismis dan kurma juga merupakan antara makanan sunnah Nabi Muhammad S.a.w. Dan tidak lupa juga banyak herba-herba yang bagus boleh kita amalkan. Dan elakkan makanan yang dapat mengurangkan prestasi memori otak seperti kepala ikan, organ dalaman binatang dan seumpamanya. Dan pastikan tubuh kita sihat dengan memakan makanan yang elok-elok kerana Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud “Perut adalah rumah kepada penyakit”. Otak yang sihat pada badan yang sihat.Vitamin dan mineral tambah perlu mencukupi,nutrien yang mencukupi akan membantu meningkatkan memori,dan mengurangkan penyakit lupa.Oleh itu,ambil lah makanan tambahan seperti minyak ikan omega 3 atau Pill habatussauda.

6. Cuba latih memori dengan gambar - Ambil sekeping gambar dan perhatikan sejenak. Kemudian tutup gambar tersebut dan cuba ingat kembali apa kandungan dalam gambar tersebut. Latihkan sentiasa dengan bermacam-macam gambar.Dengan cara ini,otak dilatih dengan cara imaginasi.Imaginasi adalah cara alternatif untuk menghubungkan sel otak dengan sel lain secara "multiple connection"..Semakin banyak berlaku interaksi antara sel otak,.semakin cekap memori untuk mengingat sesuatu.Dengan bantuan gambar,anda lebih mudah mengigat berbanding dengan tulisan yang dibaca.Sebagai contoh,jika anda membaca sesuatu cerita,.anda menggunakan imaginasi untuk membayangkan apa yang anda baca,anda menggunakan otak kiri untuk membaca tulisan dan fahamkan apa yang dibaca secara logik,anda menggunakan otak kanan untuk imaginasi membayangkan  cerita yang anda baca.Jika imaginasi anda tinggi,anda mampu membayangkan cerita yang dibaca dengan tanggapan yang betul,jika tidak anda akan mengalami missattribution (salah anggap).Oleh itu,bantuan gambar amat perlu,dalam meningkatkan imaginasi..Secara tidak langsung,anda menggunakan kedua dua belah otak anda supaya bekerja bersama dalam proses pembelajaran.

7. Ulang-ulangkan apa-apa yang kita pelajari – Pengulangan demi pengulangan boleh membantu perkara itu untuk masuk ke dalam memori jangka panjang otak kita. “Practise makes perfect”.

8. Wujudkan imej-imej yang jelas dalam otak kita – Kita akan dapat mengingat sesuatu dengan lagi mudah jika sekiranya kita dapat memvisualkannya dalam fikiran. Cuba bayangkan imej-imej yang mudah diingati, yang agak luar biasa sedikit dan seumpamanya.

9. Kategorikan apa-apa yang ingin anda ingatkan - Jika anda mengkategorikannya maka ianya tidak akan berterabur atau berserabut. Jadikan ianya sistematik , barulah proses mengingat akan jadi lebih mudah, insyaALlah.

10. Selenggarakan hidup anda - Kehidupan kita juga mesti diselenggarakan dengan baik seperti letak barang-barang di tempatnya selalu, jangan meletakkannya merata-rata atau sekejap di situ sekejap di sini. Ini akan menyebabkan otak anda bercelaru untuk mengingatinya apabila anda terdesak berkehendakkannya. Kemudian catat mana-mana perlu dan lakukan segalanya dengan bersistematik setakat yang anda mampu.

11. Cuba amalkan meditasi - Kajian telah menunjukkan bahawa mereka yang selalu mengamalkan meditasi (tafakkur) berupaya untuk fokus dengan baik dan mempunyai memori yang lebih bagus.

12. Tidur yang elok dan cukup – Dapatkan tidur malam yang selesa dan cukup iaitu sekurangnya 7 jam.

13. Berikan masa untuk anda membentuk memori - Tidak perlu tergopoh-gopoh untuk meningkatkan 
keupayaan memori kita. Amalkan tips-tips untuk meningkat upaya memori dengan beransur-ansur. Bagi masa kepada otak anda agar dapat membiasakan diri dengannya.

14. Belajar dari kesilapan – Cuba lah ingati apa-apa sebagai latihan dan tidak mengapa jika salah atau tersalah. Anda boleh belajar dari kesilapan tersebut dan biasanya kita akan ingat peristiwa di mana kita melakukan kesilapan.

15. Berdoa dan bertawakkal pada Allah – Doa adalah senjata mukmin dan tawakkal hanya pada Allah agar mengurniakan kita otak yang sihat dan bagus. Wallahu a’lam.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets