Wednesday, June 20, 2012

Hukum Guna Wang Biasiswa Untuk Berkahwin


Soalan :

Saya seorang pelajar perubatan dari luar negara. Bolehkah saya menggunakan duit yang diberi oleh kerajaan untuk perbelanjaan di luar negara itu untuk kegunaan persiapan perkahwinan ? Bagaimana dengan status wang tersebut dalam hal ini ?

Jawapan :

Mukaddimah

Menurut kefahaman saya, duit yang diberikan oleh kerajaan atas nama biasiswa adalah suatu tajaan belanja kepada pelajar untuk sara hidup pelajar. Asal hukum begi penggunaan jumlah tajaan yang diberikan mestilah dirujuk pada kontrak biasiswa yang ditandatangani.

Hukum

Hukumnya harus untuk digunakan untuk berkahwin adau dibenarkan untuk pelajar menggunakannya bagi apa jua tujuan,kerana ia adalah wang yang telah diserahkan miliknya kepada pelajar. Jesteru, selaku pemilik yang sah kepada wang tajaan itu, pelajar bebas menggunakan wang tajaan itu untuk sebarang tujuan yang dirasakan sesuai selagi menepati hukum Islam. Atas dasar tersebut, saudara selaku pelajar harus untuk menggunakannya untuk kahwin.

Perincian

Pun begitu,perlu diingatkan sekali lagi,isi kandungan kontrak perlu disemak semua. Jika terdapat klausa di dalam kontrak yang menghalang pelajar untuk menggunakannya untuk berkahwin atau apa-apa tujuan lain,pelajar mestilah menepati apa yang telah dipersetujui. Ini berdasarkan hadis riwayat Abu Daud, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

"Orang Muslim dipegang pada syarat yang dipersetujuinya selagi syarat tersebut tidak mengharamkan yang halal dan tidak menghalalkan yang haram."

Dan juga firman Allah s.w.t yang bermaksud :

"Wahai orang yang beriman tuniakanlah kontrak-kontrak kamu(janji yang termeterai)."(Surah al-maidah 5:1)

Rumusan

Kesimpulannya,rujuklah isi kontrak yang telah ditandatangani dan jika telah ditandatangani dan jika tidak dinyatakan apa-apa halangan,maka boleh digunakan untuk persiapan perkahwinan. Apa yang perlu difahami, biasiswa yang diberikan untuk menamatkan pengajian. Jesteru, menjadi amanah dan tanggungjawab untuk menyelesaikan pengajian dengan jayanya jika berkahwin sewaktu belajar,lebih lebih lagi menggunakan wang biasiswa

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets