Kita ialah makhluk ciptaan Allah. Tercipta daripada tiada dan juga nanti akan berakhir dengan tiada. Proses penciptaan yang dilalui ini melalui fasa yang penjang.
Bermulalah kelahiran dengan tangisan dan pengakhiran juga demikian. Lingkaran hidup ini akan berputar sehingga terpisahnya roh dari jasad yang dipinjamkan. Segala-galanya pinjaman. Tiada sesuatu pun milik kita. Namun adakah kita sering beringat bahawa diri yang kita miliki ini sekadar penjiman yang sampai tempohnya nanti harus dipulangkan semua kepada pemilik hakikinya.
Akal menjadi pembeza antara hak dan batil. Akal memandu ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Cuba bayangkan manusia tanpa akal ? Sudah tentu dunia tiada pentadbir dan pengurusnya. Mungkin haiwan yang paling kuat akan bertakhta sedangkan kekuatan akal adalah kekuatan yang hakiki. Berpandukan akal, manusia dapat merancang dan mentadbir dunia. Manusia tidak akan mampu membayar segala nilaian pinjaman ini walaupun telah menjual seisi dunia.
Alhamdulillah dengan anugerah akal menjadikan insan sentiasa berfikir tentang kehebatan Allah. Segala isi dunia yang diciptakan Allah dapat dinilai menggunakan akal melalui panduan wahyu. Betapa besarnya nikmat ini berbanding makhluk lain yang diciptakan Allah.
Anugerah hebat ini mempunyai misi dalam mencari cinta hakiki. Berbekalkan ilmu dan wahyu yang menjadi penyuluh di jalanan suram, selamilah dan nilailah anugerah ini tika insan diberikan otak yang mempunyai akal fikiran. Jadikan ia untuk mencari kebenaran dan menghancurkan kebatilan agar hidup insan benar-benar dekat dengan Tuhan ! Lafaz syukur yang tifak terhingga buat-Mu ya Allah Pencipta yang Maha Agung.
0 comments:
Post a Comment