Monday, May 28, 2012

20 Fakta menarik mengenai Lipas


Lipas merupakan serangga dianggap kotor oleh sesetengah  manusia,.tapi ia mempunyai kebaikan tersendiri.Jom kita lihat satu satu fakta tentang lipas..

1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
 
2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit..

3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala ...dia dah putus
 
4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
 
5. Lipas mempunyai darah berwarna putih
 
6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
 
7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada  Australia yang beratnya adalah 50gram
 
8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
 
9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
 
10. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
 
11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
 
12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
 
13. Lipas ada gigi di dalam perutnya
 
14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
 
15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
 
16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
 
17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
 
18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
 
19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
 
20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets