Kehidupan Adalah Satu Perjalanan Menuju ke Syurga

Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah SAW: “Apakah pendapat tuan sekiranya saya melakukan solat-solat fardu (lima waktu), berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya, adakah aku akan masuk ke dalam syurga.”

Sunday, June 17, 2012

Perihal Syaitan dan Jin



Perbezaan antara Jin dan Syaitan

Para ulama berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud antara iblis ,syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggungjawab memperhambakan diri kepada Allah seperti manusia.Firman Allah dalam surah al-Dhariyat ayat 56 yang bermaksud :

"Dan(ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-ku".

Jesteru, jin sama dengan manusia dari usdut keimanan dan kekufuran. Oleh sebab itu,terdapat dalam  kalangan jin golongan yang islam,soleh,kafir,fasik,munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud :

"Dan sesungguhnya antara kami(jin) ada orang yang soleh dan antara kami ada yang tidak demikian halnya. Kami menempuh jalan yang berbeza-beza."

Jin merupakan makhluk Allah yang dicipta daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 yang bermaksud :

"Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas."

Manakala iblis pula makhluk Allah yang derhaka daripada kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa iblis daripada jenis jin. Firman Allah s.w.t dalam surah al-kahfi ayat 50,maksudnya :

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat : 'Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis. Ia berasal daripada golongan jin,lalu ia menderhaka terhadap perintan Tuhannya. Oleh sebab itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripada-Ku ? Sedangkan merek itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang yang zalim"

Manakala syaitan pula adalah golongan yang ingkar daripada kalangan jin dan manusia. Firman Allah s.w.t dalam surah al-An'am ayat 112 bermaksud :

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap tiap Nabi itu musuh daipada syaitan syaitan manusia dan jin,setengahnya membisikkan kepada setengah yang lain kata-kata dusta yang indah indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu mengkehendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh sebab itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu"


Apakah yang dimaksudkan dengan Perkataan 'Syaitan' ?

Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud "menjauhkan". Oleh sebab itu,syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan menggunakan pelbagai cara dan tipu daya.


Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia.


Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan "mafia" yang ingkat dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan " peperangan" dengan anak cucu Adam bagi membalas dendam atas pengusiran nenek moyang iblis mereka dari syurga ekoran keenganan untuk sujud pada Nabi Adam.


Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 16-17, maksudnya :


"Iblis berkata: 'Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus ; Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur"


Menurut ibn Qayyim, bermaksud " jalan yang lurus" dalam ayat di atas ialah Islam ; jalan yang membawa kepada Allah s.w.t. ini bersesuaian dengan hadis yang bermaksud :


"Sesungguhnya syaitan duduk (menghalang) anak Adam pada semua jalan." (Riwayat Ahmad dan an-Nasa'i)

Saturday, June 16, 2012

Hukum Meminum Sedikit Arak



Pengenalan

Arak merupakan salah satu daripada perkara yang diharamkan oleh Allah secara jelas dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Bahkan ia merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar dalam Islam. Firman Allah s.w.t bermaksud :

“Wahai orang yang beriman ! Sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan binatang-binatang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu Berjaya” (Surah al-Maidah 5:90)

Kesimpulannya,arak adalah haram digunakan sama ada dalam jumlah yang kecil atau banyak.
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :

“Apa-apa yang memakbulkan dalam jumlah yang banyak,adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit”.
 (Kitab Sunan Ibnu Majah jil. 3,kitab memakbulkan, bab 30, hadis no. 3392)
Bahkan bukan sekadar arak itu yang haram,tetapi dalam hadis yang lain, dosa arak juga melibatkan pihak-pihak seperti di bawah berdasarkan hadis yang bermaksud :

Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :

1)Pembuat arak

2)Peminumn arak

3)Pengirim arak

4)Penjual arak

5)Pemakan wang hasil arak

6)Penuang arak

7)Pembawa arak

8) Pembayar arak

9)Pemesan arak

10)Pengedar arak

(Riwayat al-Tirmizi)

Arak juga diiktiraf sebagai punca segala maksiat dan jenayah.Ini dinyatakan oleh hadis bermaksud:

“Arak adalah ibu segala maksiat dan ia adalah maksiat paling mengaibkan.” (Kitab Sunan Ibnu Majah jil.3, kitab memabukkan,bab 30, hadis no. 3371.

Rumusan

Jesteru,pendapat yang menyatakan boleh meminum arak dalam jumlah yang kecil dan tidak memakbulkan adalah tidak benar dan hukumnya tetap berdosa.

Wednesday, June 13, 2012

Petua Rawatan Islam untuk Sakit Kepala



1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Monday, June 11, 2012

Sejarah Hajarul Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Berhati hatilah dengan perasaan 'BAJET BAGUS'

Kongsi Perasaan Anda


Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan.

Kenapa seseorang memendamkan perasaan
  • Malu
  • Takut menjadi bebanan kepada orang lain
  • Terlalu peribadi untuk dibincang
  • Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
  • Bimbang akan reaksi orang lain
  • Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
  • Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
  • Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja
Bagaimana mengendalikan perasaan anda
  • Ketahui perasaan anda
  • Luahkan perasaan anda
  • Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
  • Kongsi perasaan anda dengan pasangan hidup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain
Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan
  • Merasa lega
  • Mengurangkan tekanan
  • Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
  • Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
  • Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda
Jadi, kongsilah perasaan anda.

6 Cara Mengubati Buruk Sangka



6 Panduan telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka:


1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang telah mereka lakukan.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT.
(Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah. M/S : 127)
Source : http://www.dalamcantik.com

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets