Monday, March 19, 2012

Apakah Tujuan Sebenar Anda Belajar ?

 

Assalamualaikum,.saudara saudari sekalian,pembaca blog yang saya hormati.Sesi kali ini admin ingin berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana untuk mengembalikan semangat belajar yang kian pudar menjelang pertengahan dan akhir semester bagi pelajar IPTA,.Bagi pelajar yang masih bersekolah juga perlu berwaspada akan tarikh perperiksaan penting yang bakal tiba,selain mengulangkaji pelajaran.

Kenalpasti Cara Bejalar Anda

Belajar belajar belajar,.tiap tiap hari belajar,tiap saat belajar kecuali tidur dan makan dalam rutin seharian kita.Sebelum itu,mari kita sama sama fikirkan sejenak,apa tujuannya kita belajar ? adakah kerana terpaksa ? kerana ingin membalas jasa ibu bapa ? kerana minat ? sudah tentu anda semua memiliki tujuan anda sendiri bukan ? mengapa perlu belajar.Proses belajar mempunyai dua cara,iaitu secara langsung atau tidak.

Secara langsung contohnya,.anda hadir ke kelas atau kuliah,dengan suasana pembelajaran dan ada pengajar yang menyampaikan kepada anda,secara langsung anda menerima apa yang disampaikan,kerana tujuan anda dating ke kelas itu untuk belajar,serta menambah ilmu.

Secara tidak langsung pula,proses pembelajaran berlaku secara ‘indirect’ atau bukan secara terus melalui media lain selain pengajar,contohnya,.anda terasa lapar dan ingin makan di sebuah restoran,anda melihat pelbagai jenis lauk pauk yang disediakan di restoran itu,ada yang sedap,dan ada juga yang kurang sedap.Dari situ anda dapat bezakan sesuatu yang amat baik dan kurang baik.Setelah anda mengambil makanan anda,anda pun pergi ke kaunter pembayaran untuk membayar makanan yang diambil.Secara tidak sengaja,anda melihat dua orang yang beratur didepan anda menuggu giliran untuk bayar makanan mereka di kaunter,seorang membawa makanan mahal,manalaka seorang lagi membawa makanan murah(lauk pauk murah).Seterusnya,anda memerhati kedua dua orang tersebut ketika mereka membuat pembayaran di kaunter.Orang yang mengambil makanan sedap itu mengeluarkan duit sebanyak rm20 untuk membayar,manakala orang yang mengambil makanan murah itu membayarnya dengan harga rm5.Dari pemerhatian tersebut,anda dapat belajar secara indirect bahawa “makanan yang mahal sudah tentu harganya mahal,dan sebaliknya”.Itulah contoh pembelajaran secara indirect,atau dipanggil Indirect Learning.


Tujuan Anda Belajar

Sesuatu yang dilakukan mesti ada tujuan,begitu juga dengan belajar.Seorang pelajar akan rajin belajar disebabkan sebab sebab tertentu,Antara sebab yang admin perhatikan ialah :

1)Belajar kerana minat

2)Belajar Kerana hendak membalas jasa Ibu-bapa

3)Belajar Kerana Kekasih

4)Belajar Kerana ingin Mendapatkan ilmu lebih dari orang lain

5)Belajar kerana ingi mendapat keputusan yang Cemerlang kerana ingin menunjuk nunjuk kepada orang lain

6)Belajar Kerana terpaksa

7)Belajar kerana Tidak mampu(keadaan keluarga miskin)

8) Belajar kerana semata mata ingin mendapatkan ilmu kerana Allah

9) Belajar kerana ingin membuktikan kepada diri sendiri bahawa diri anda ‘BOLEH’

10) Belajar kerana guru yang mengajar baik,cantik,kacak dsg.

11) Belajar kerana ingin pekerjaan baik

12) Belajar demi menjadi seorang yang bekerjaya

13) Belajar kerana malu akan kekurangan diri

14) Belajar kerana inginmempengaruhi Orang lain

Berikut 14 tujuan anda belajar,..kalau hendak diikutkan banyak lagi tujuan orang belajar,.Disebabkan belajar ini terlalu kompleks,dan susah ingi mengetahui seseorang itu belajar kerana apa,.maka Tujuan belajar yang sepatutnya yang pertama “Kerana ALLAH”.Pasangkan niat setiap hari anda membuka mata setelah mati sementara “Aku hidup hari ini untuk belajar,menimba ilmu sebanyak mungkin,ku harap ini adalah hari terakhir aku menuntut ilmu,kerana Allah taala”.Jika anda mengamalkan niat sebegini,insyallah ALLAH akan permudahkan segala urusan kita,Allah permudahkan bukan bermakna Allah mengubah apa yang kita pelajari itu menjadi mudah serta merta.Allah permudahkan urusan kita,maksudnya Allah akan member keselesaaan,otak yang cergas,kesihatan yang baik untuk kita terus belajar,kerana niat kita untuk belajar Kerana Allah.

Belajar Kerana Ibubapa menjadi tujuan kedua.Kerana tugas seorang anak adalah membahagiakan hati ibu bapa mereka,membalas jasa kedua ibu bapa.Ibu bapa yang bersusah payah mendidik,mencari rezeki,member makan kepada kita,mereka sanggup buat apa saja demi kita sebagai anak.Kasih saying seorang ibu dan bapa kepada anaknya tidak terbelah bahagi.Ketahuilah,”Tiada istilah Sahabat Sejati melainkan kedua-dua ibubapa kita”.Jika anda merasa penatnya belajar,maka tutup mata,renungkan wajah mak ayah kita,.renungkan pengalaman semasa kita membantah suruhannya,semasa kita tidak buat apa yang disuruhnya,dan  ingatlah wajah ibubapa kita semasa mereka tidur,setelah penat mencari rezeki demi membesarkan kita.

Wahai anak anak sekalian,ketahuilah,.Seorang suami dan Isteri setelah diijabkabulkan menjadi pasangan(ibubapa kita),.bermula hari ini,.sejak lahirnya kita,..tiada siapa dihati mereka melainkan kita,.sebagai anak,kita patut membalas jasa mereka,.walau seketika,walau sementara sekadar mampu.
Oleh itu,kita perlu bertungkus lumus,belajar bersungguh sunguh,..korbankan sedikit waktu yang masih ada ini,untuk berbakti kepada mereka,..”Belajarlah bersungguh sungguh,sewaktu kamu menelaah pelajaran,.jika perkataan ‘susah’ terdetik dihatimu..maka terus ingat kedua ibu bapa kita..dan berdoa didalam hati:

 “ Ya Allah,.engkau yang maha mengetahui,.hanya engkau yang maha mengetahui perasaan ku,.kuatkanlah semangatku dalam mengharungi kepenatan,kepayahan,kesukaran dalam menuntut ilmu mu,.sesungguhnya aku ingin berbakti kepada ibu-bapaku hanya keranaMU ya ILAHI,.engkau bahagiakanlah hati kedua dua ibu bapaku yang berada jauh dariku,.semoga mereka tenang dan tidak bimbang akan diriku yang sedang belajar dalam keadaan elok”

Maka teruslah mengulangkaji pelajaran..Insyallah Dengan izin Allah,.pintu hati akan lebih tenang dan terbuka  untuk menerima ilmu yang ditimba itu.

Akhir kata dari admin blog SNP, ingin menasihatkan kepada mahasiswa mahasiswa dan adik adik yang masih sekolah,rebutlah peluang belajar,buang segala sifat malas yang menyelubungi diri itu,Belajarlah kerana ALLAH yang satu,bukan kerana manusia,insyallah segalanya akan jadi mudah...Assalam....^_^


 Yg benar : admin blog SNP

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Widgets